pengenalan kepada insurans
INSURANS adalah pemindahan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah
organisasi yang dikenali sebagai pemegang polisi kepada syarikat insurans. Sebagai balasan, syarikat insurans menerima pembayaran dalam bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi menanggung kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian atau kerosakan tersebut.
Jenis insurans
Terdapat dua jenis insurans, iaitu insurans hayat dan am:
Insuran Hayat
* Menginsuranskan anda atau hayat anda terhadap sebarang musibah sehingga ke suatu amaun tertentu (amaun diinsuranskan).
* Tempoh perlindungan biasanya lebih dari setahun dan memerlukan pembayaran premium secara berkala - bulanan, suku-tahunan atau tahunan.
* Risiko yang dilindungi:
- kematian dalam tempoh polisi
- pendapatan semasa persaraan
- penyakit
- hilang upaya
* Produk insurans hayat
- polisi seumur hidup
- polisi endowmen
- polisi bertempoh


Comments
Post a Comment